Wednesday, January 23, 2008

Dengan berpanduan filem-filem berikut, berikan pendangan kamu:
  • Mengapakah filem-filem klasik Melayu dahulu masih diminati ramai?
  • Apakah kekuatan filem-filem ini?
  • Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam filem-filem ini?
  • Apakah pengajaran yang kamu timba?

Membentangkan projek saya . Projek saya ini tentang dua buah filem klasik melayu, Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok, yang amat menarik dan kelakar sekali.


Pada pendapat saya, filem-filem klasik Melayu dahulu, seperti Tiga Abdul dan Pendekar Bujang Lapok, masih diminati ramai kerana beberapa sebab.

Pertama sekali, Pelakon-pelakon dalam filem-filem ini benar-benar dapat melucukan semua penonton. Terutama sekali pelakon seperti P. Ramlee, S. Shamsudin, dan Aziz Sattar.

Kedua, pelakon-pelakon dalam filem mempunyai bakat semulajadi dan berkemahiran. Oleh kerana itu, para penonton akan terpikat dengan kebolehan pelakon-pelakon untuk menunjukkan emosi watak mereka dengan amat baik sekali.

Juga, filem-filem ini masih diminati ramai kerana mempunyai jalan cerita yang sangat menarik.

Oleh kerana sebab-sebab tersebut, filem-filem klasik Melayu dahulu, walaupun tidak baru, masih diminati ramai.

Kekuatan filem-filem ini ialah ia mengandungi pengajaran moral dan dapat menyampaikan mesej yang tertentu melalui jenaka. Walaupun hampir semua penonton akan tertawa terbahak-bahak apabila mereka menonton filem-filem ini, mereka masih dapat menimba pengajaran daripadanya. Itulah kekuatan filem-filem klasik Melayu.

Tentang mesej yang ingin disampaikan dalam filem-filem ini, saya akan menghuraikan nanti.

Pengajaran yang saya timba daripada menonton filem-filem klasik Melayu dahulu adalah : sesebuah filem tidak perlu mempunyai bajet yang tinggi atau teknologi yang canggih untuk berjaya menarik hati dan menyampaikan mesej kepada para penonton, ia hanya perlu pelakon-pelakon yang berkemahiran, dapat melucukan, dan jalan cerita yang menyeronokkan.

~

Walaupun filem berbentuk hitam putih, bajet murah, tidak menggunakan teknologi canggih, dan bertema komedi.

  • Mengapa ia menarik hati saya?
  • Siapakah watak yang paling saya minati? Mengapa?
  • Apakah dialog di dalam cerita ini yang tidak saya lupakan? Jelaskan.
  • Apakah babak cerita yang meninggalkan kesan kepada saya? Mengapa? Jelaskan.

Pertama sekali, apa yang menarik hati saya adalah nama watak watak dan tempat tempat dalam filem itu. Misalnya, Abdul Wahab, Wahib, dan Wahub, Sadiq Segaraga, Ismet Ulam Raja, dan Sulaiman Akh-laken dan negerinya, Isketambola.

Saya juga tertarik kepada Sadiq Segaraga, seorang pendagang yang terlalu bodoh, dan pencerita filem itu, S. Shamsudin, yang sangat lucu, kerana mereka berdualah yang paling banyak membuat saya tertawa.

HM watak yang paling saya minati ialah Abdul Wahub, anak bongsu Ismet Ulam Raja, dan sebenarnya P.Ramlee. Saya paling minatinya kerana kecerdikan dan kepintarannya. Dia lah yang pada akhirnya dapat mengalahkan Ismet Ulam Raja, dan membuatnya marah, dengan menggunakan kepandaiannya. Saya juga meminati Abdul Wahub kerana dia seorang adik yang sangat saying kepada kedua abangnya, dan keluarganya, walaupun kedua-dua abangnya tamak dan tidak sepertinya.

Saya tidak dapat lupakan dialog antara Abdul Wahub dan Sadiq Segaraga, di mana kedua-dua mereka berbual tentang syarat-syarat kontrak, dan membuat perjanjian rasmi bahawa jika sesiapa antara kedua-dua mereka naik marah, semua hartanya akan dirampas, dan dia akan dijual sebagai seorang hamba abdi. Saya tidak dapat melupakan dialog itu kerana Abdul Wahub sedang menunjuk bahawa dia lebih pandai berbanding Sadiq Segaraga dan peguamnya, Kassim Patalon.

Babak cerita yang meninggalkan kesan kepada saya adalah babak yang terakhir, di mana Abdul Wahub memaafkan kedua abangnya, Abdul Wahab dan Abdul Wahib, dan isteri2 mereka, Hamidah dan Rafidah, dan membenarkan mereka tinggal bersamanya. Dia juga memaafkan Sadiq Segaraga. Babak cerita ini meninggalkan kesan kepada saya kerana saya amat tersentuh apabila menyaksikan Abdul Wahub memaafkan mereka semua, walaupun mereka telah banyak berdosa kepadanya.

~

Walaupun filem berbentuk hitam putih, bajet murah, tidak menggunakan teknologi canggih, dan bertema komedi.

  • Mengapa ia menarik hati saya?
  • Siapakah watak yang paling saya minati? Mengapa?
  • Apakah dialog di dalam cerita ini yang tidak saya lupakan? Jelaskan.
  • Apakah babak cerita yang meninggalkan kesan kepada saya? Mengapa? Jelaskan.

Filem yang kedua ini, Pendekar Bujang Lapok, menarik hati saya kerana ketiga-tiga watak utamanya, Ramli, Sudin, dan Ajis sangat melucukan. Saya juga tertarik kepada lagu-lagunya yang amat merdu, seperti Pok Pok Pok, Bujang Lapok, dan Maafkan Kami. Pada pendapat saya, terdapat banyak aspek filem ini yang menarik saya, seperti cara silat Pendekar Mustar, blah blah mambang tanah mambang air, dan juga cobaaaaan.

Watak yang paling saya minati dalam filem ini adalah Pendekar Mustar, yang agak bodoh, orangnya. Saya minatinya kerana saya berpendapat bahawa dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, walaupun orang lain sering tertawa kerana perbuatannya. Dia juga seorang guru yang baik, dan berjaya mengajar Bujang Lapok cara-cara silatnya, dan juga untuk mengulang chants nya , iaitu hai mambang tanah mambang air mambang api mambang hutan… kerana itulah saya minatinya.

Dialog dalam cerita ini yang saya tidak saya lupakan adalah dialog antara Ajis, Ramli dan Sudin, dan cikgunya, semasa mereka berada di sekolah untuk belajar tentang huruf-huruf arab. Di dalam babak ini, apabila ditanya apa itu huruf HA dan huruf KHO , si bujang lapok menjawab jim mata buta dan jim toncet, yang obviously salah, dan murid-murid lain tertawa apabila terdengar jawapan mereka. Tetapi selepas itu, salah satu murid itu pun mendapat jawapannya salah. Dialog ini , saya tidak akan pernah lupakan, kerana saya baru menyedari bahawa kita tidak patut tertawa apabila orang lain salah. Kita sebenarnya patut belajar dari kesilapan orang lain. MMM.

Babak cerita yang meninggalkan kesan kepada saya adalah babak di mana ketiga-tiga Bujang Lapok, Ramli, Ajis dan Sudin, ke sebuah rumah untuk cuba membebaskan Ros, yang telah diculik Ahmad Nisfu dan penjahat-penjahatnya. Babak cerita ini meninggalkan kesan kerana ia telah mengajar saya bahawa jika kita bekerjasama, kita boleh mencapai apa sahaja yang kita hendak. Seperti dalam babak ini, tiga orang bujang dapat menewaskan beberapa belas orang samseng.

Tuesday, January 22, 2008

10 azam yang ingin saya capai pada tahun ini.

  1. Markah keseluruhan yang lebih baik berbanding dengan markah tahun lalu.
  2. Menjadi seorang kawan yang lebih setia.
  3. Menjadi seorang anak yang lebih soleh.
  4. Menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
  5. Mengurus masa dengan lebih baik.
  6. Memberi lebih tumpuan kepada pelajaran.
  7. Lebih bertanggungjawab.
  8. Lebih teratur dan tersusun.
  9. Lebih yakin akan kebolehan diri.
  10. Lebih menghargai bahasa ibunda saya.

Pengurusan masa yang lebih baik sangat penting kepada saya, kerana dengan pengurusan masa, saya akan dapat melakukan lebih, dan hidup saya akan lebih teratur, bukan seperti tahun lalu.

Saya hendak menjadi seorang Muslim yang lebih soleh, untuk kebaikan diri saya pada masa akhirat, dan ini lebih penting daripada azam-azam duniawi.

Saya mahu menjadi lebih yakin dalam diri saya sendiri supaya saya boleh berdikari dan tidak perlu bergantung pada orang lain.

& saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk mencapai azam-azam saya.